PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

PFA2017: Tahniah Negeri Sembilan Kalahkan Pulau Pinang 4-1

PAROI, 11 Mac – MENDEBARKAN!!! Begitu aksi dipersembahkan di hadapan penonton sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, apabila kedua-dua pasukan dipaksa bermain 120 minit selepas terikat satu berbalas satu, setelah masa sebenar perlawanan ditamatkan.

17201353_738619576304542_2518842998619156236_n

Pasukan Negeri Sembilan pendahulu Liga Premier 2017, bertemu Pulau Pinang bermain di Liga Super musim ini bagi menentukan pasukan mana yang layak ke Suku Akhir Piala FA.

Kedua-dua pasukan beraksi cemerlang dalam memburu kemenangan di Perlawanan Pusingan Ketiga, di sini.

Kedua-duanya juga komited dan bersemangat, namun begitu, pasukan Negeri terlebih dahulu merobek gol Pulau Pinang dan memecah kebuntuan buat pasukan apabila menjaringkan gol pertama di minit ke-45, melalui Simic Marco.

Sebelum terikat oleh jaringan Pulau Pinang di minit ke-48 melalui pemain importnya, Reinaldo Lobo sehingga masa sebenar ditamatkan.

Bermain di perlawanan masa tambahan, Negeri Sembilan terus mengasak garang ke kubu lawan sehingga menghasilkan jaringan hatriks oleh Lee Tuck yang tidak mampu dikawal pertahanan Pulau Pinang.

Tiga jaringan Lee Tuck di minit ke-108, 115 dan 120, menamatkan harapan buat pasukan Pulau Pinang yang pastinya pulang kecewa.

Dengan kemenangan, Negeri Sembilan (4) berbalas (1) oleh Pulau Pinang, bermakna pasukan Negeri berserta PKNP, Sarawak, Sabah, JDT, Pahang, Kedah dan Terengganu layak ke perlawanan suku akhir Piala FA 2017.

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful