PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

Piala FA: NS Singkir PP Selepas 120 Minit

SEREMBAN, 11 Mac – Perjuangan selama 120 minit nyata berbaloi buat Negeri Sembilan (NS) apabila bangkit menewaskan Pulau Pinang (PP), 4-1 dalam saingan pusingan ketiga Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.

Selepas berkedudukan seri 1-1 pada tempoh perlawanan sebenar, tuan rumah terpaksa menanti minit ke-106 untuk mengenepikan lawan mereka itu

Penyerang import dari England, Lee Andrew Tuck muncul wira pasukan itu apabila mencipta hatrik.

Terdahulu kedua-dua pasukan dilihat mengatur gerak dengan melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing dalam usaha mendapatkan gol awal sebaik permainan dimulakan.

Pada minit ke-17, kubu NS hampir ditembusi selepas penyerang import, Nigel Dabinyaba melakukan percubaan tepat ke kawasan gol.

Namun pertahanan tuan rumah berjaya menyelamatkan keadaan biarpun penjaga gol, Mohd Kaharuddin Abd Rahman, sudah tertewas.

Tersentak dengan situasi mencemaskan itu, pemain skuad Hobin Jang Hobin memperkemaskan jentera serangan mereka apabila mula memberikan ancaman ke kubu lawan.

Mereka melakukan dua percubaan terbaik menerusi Khairul Anwar Shahrudin pada minit ke-22, namun sepakannya sedikit tersasar.

Seminit kemudian giliran Bruno Suzuki, tetapi percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol Pulau Pinang, Syed Adney Syed Hussein.

NS yang turun dengan misi mempertahankan rekod cemerlang di gelanggang sendiri tidak berputus asa apabila terus melakukan asakan ke kubu pasukan Pulau Mutiara itu.

Mereka berpeluang mendapatkan gol, bagaimanapun percubaan Suzuki pada minit ke-35 tersasar ke sebelah kiri manakala sepakannya dari bahagian tengah pada minit ke-39 melepasi palang.

Bagaimanapun usaha mereka memburu gol akhirnya berhasil apabila Marko Simic yang berjaya memperdayakan seorang pertahanan lawan, merembat deras dari jarak kira-kira 25 meter untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-44.

Sebaik bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Reinaldo Rodrigues memanfaatkan suasana kelab kabut dalam kawasan gol dengan menolak masuk pada minit ke-47.

Jaringan itu menyentap semangat anak buah Mohd Asri Ninggal dan mereka terus menguasai permainan, namun kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat tempoh 90 minit perlawanan sekali gus membawa perlawanan ke masa tambahan 30 minit.

Pada minit ke-100, Lee Tuck hampir meletakkan NS di depan, bagaimanapun sepakannya berjaya ditepis Syed Adney.

Bagaimanapun kerja keras pemain tuan rumah untuk mendapatkan gol kemenangan akhirnya berhasil apabila sepakan Lee Tuck dari jarak 20 meter tertampan pertahanan lawan sekali gus menerjah jaring pada minit ke-106.

Lee Tuck terus menambah derita Pulau Pinang dengan jaringan ketiga NS pada minit ke-112 dan gol keempat tuan rumah serta ketiga peribadinya pada minit ke-119, untuk berkesudahan 4-1.

Berita Harian

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful