PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

PIALA FA – NS BUAT SABAH GIGIT JARI DI LIKAS

KOTA KINABALU: Harapan Sabah untuk mara ke separuh akhir Piala FA berdepan laluan sukar apabila tewas 1-0 di tangan kepada pasukan Negeri Sembilan (NS) di Stadium Likas, malam tadi.

PEMAIN Sabah, Sofiane Chaubani (kanan) melakukan libasan sambil dihadang pemain Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara Sabah dengan Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah (BH)

PEMAIN Sabah, Sofiane Chaubani (kanan) melakukan libasan sambil dihadang pemain Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara Sabah dengan Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – Foto Malai Rosmah Tuah (BH)

Sebaliknya, ia memberi kelebihan kepada skuad Hobin Jang Hobin apabila menyambut kunjungan skuad Badak pada aksi suku akhir kedua di Paroi pada 21 April ini.

Beraksi di hadapan lebih 4,000 penyokong, tuan rumah lebih awal memiliki peluang menerusi Jonathan Behe pada minit kelima. Namun cubaannya selepas menggelecek penjaga gol pelawat, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman sekadar terkena jaring tepi.

Pada minit ke-20, NS hampir memperoleh jaringan hasil cubaan sepakan percuma, Lee Andrew Tuck kira-kira 35 meter dari luar kotak penalti, namun, rembatan cantiknya itu terkena tiang.

Marko Simic kemudian meletakkan pelawat di depan pada minit ke-25 selepas penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim menampan rembatan Bruno Junichi Suzuki Castanheira, sebelum itu.

Pada minit ke-43, Sofiane Choubani memiliki peluang hasil rembatan dari luar kotak penalti, namun, cubaannya itu terus ke dakapan Mohd Kaharuddin. Kedudukan 0-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Marko hampir menambah gol NS pada minit ke-48, namun, tandukannya sekadar singgah di palang walaupun Rozaimie sudah pun tertewas.

Pada minit ke-50, tiang sekali lagi menjadi penghalang pelawat hasil cubaan Bruno dari dalam kotak penalti.

Sofiane Choubani kemudian memiliki peluang pada minit ke-58 hasil cubaan libasan di dalam kotak penalti. Ia juga tidak berjaya.

Pada minit ke-81, Lee hampir mendapat gol kedua buat pasukannya namun cubaannya berjaya ditampan Rozaimie.

Di penghujung saingan, Igor Cerina memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan namun tandukannya berjaya diselamatkan pertahanan lawan di atas garisan gol.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga pengadil perlawanan Muhammad Zamzaini Katimin meniupkan wisel penamat.

Sumber berita: Berita Harian http://www.bharian.com.my/node/266876?

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful