Pasukan Negeri Sembilan terlebih dahulu berada di depan setelah Bruno Suzuki membuka jaringan pada minit ke-20, namun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila pemain JDT II, Jeronimo Barrales menyamakan kedudukan.

Keputusan seri 1-1 bagaimanapun kekal sehingga masa penuh perlawanan.

Negeri Sembilan kekal di tangga pertama dengan mengumpul 26 mata selepas 10 perlawanan, dengan berkelebihan 5 mata di hadapan tangga kedua PKNP FC.