PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

LP2017 : Negeri Sembilan terlepas peluang tiga mata

Kangar – Negeri Sembilan sekali lagi terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata apabila diikat pasukan tercorot Perlis 1-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Menariknya dalam perlawanan tersebut, kedua-duanya meledak gol pada masa kecederaan, dengan jaringan gol sendiri oleh pemain Perlis, Shafiq Azri Mohd Kamal yang dilihat bakal membawa pulang tiga mata di minit ke-90+1.
18058079_763567327143100_3837425130159777277_n

Bagaimanapun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila dua minit selepas itu, Alafi Mahmud menyamakan kedudukan buat tuan rumah, sekali gus meleburkan harapan skuad Jang untuk melebarkan jurang mata.

Begitu pun, Negeri Sembilan masih unggul di persada liga dengan mengumpul 27 mata, dengan kelebihan tiga mata di tempat kedua Terengganu, yang menaiki satu anak tangga selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebentar tadi.

Berikut merupakan empat keputusan perlawanan Liga Perdana lain yang berlangsung hari ini:

Kuala Lumpur 2 MISC-MIFA 1

Sabah 1 PDRM 3

ATM 4 Kuantan 3

UiTM FC 1 PKNP FC 1

 

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful