PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

PFA2017 : Perjuangan Negeri Sembilan Belum Berakhir Walau Tewas di Darul Makmur

Kuantan – Bertemu Pasukan Liga Super, di Separuh Akhir Pusingan Pertama Piala FA 2017 memungkinkan pasukan Negeri Sembilan mengatur pergerakan, sedikit perlahan dan sering di asak pasukan Pahang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Walaupun begitu, hajat pasukan tuan rumah meraih bekalan selesa terencat selepas hanya melakar  kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

image

Separuh babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh mensia-siakan​ banyak peluang dengan penyudah tumpul menghalang hajat mereka mencari jaringan.

Antaranya cubaaan penyerang import kelahiran Brazil Matheus Alves menerusi tendangan tepat ke dakapan penjaga gol lawan,M.Kaharuddin Abdul Rahman pada m-14.

Seminit kemudian giliran Christie Jayaseelan mendapat peluang namun berjaya dihalang pertahanan NS.

Sepuluh minit sebelum tamat separuh babak pertama tamat turut menyaksikan beberapa cubaan menarik pemain tuan rumah antaranya rembatan pemain tengah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria tersasar ke tepi gawang lawan.

Rembatan Alves juga tersasar di tepi gawang dan giliran rakan sepasukan Nurridzuan Abu Hassan dengan rembatannya tinggi melepasi gawang lawan pada m-44.

Separuh babak pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan.

Bersambung babak kedua tuan rumah terus mengatur gerakan namun masalah penyudah terus menghantui hajat Pahang mencari gol pembukaan.

Rembatan deras pemain tengah Nor Azam Azih tersasar di sudut kanan gawang pelawat pada m-57 dan Alves sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang dengan tendangan tinggi melepasi palang pada m-60.

Gawang tuan rumah nyaris menjadi mangsa namun kecekapan penjaga gol Wan Azraie Wan Teh menepis keluar bola hasil rembatan penyerang Negeri Sembilan Marko Simic menyelamatkan gawang Pahang daripada dibolosi pada m-61.

Penantian Pahang berakhir pada m-79 selepas kesilapan pertahanan NS, Annas Rahmat memberikan gol pembukaan perlawanan sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 20,000 penyokong

Penantian Pahang berakhir menerusi jaringan yang dihasilkan oleh pemain gantian Ashaari Shamsuddin pada m-80 sekaligus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 20,000 penonton.

Namun penyerang import lawan Simic sekali lagi mencemaskan gawang Pahang namun bola tepat ke dakapan Wan Azraie pada m-84.

Tiga minit masa tambahan sebelum perlawanan tamat tidak merubah kedudukan dan kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Razlan Jofri Ali.

Namun begitu, aksi timbal balik  dan 90 minit berharga yang bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pada 13 Mei ini tidak akan disia-siakan pasukan anak buah Asri Ninggal untuk membawa pasukan Negeri Sembilan beraksi di pusingan akhir menjadi kenyataan.

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful