Perlawanan tersebut turut menyaksikan sebanyak tujuh kad kuning dilayangkan oleh pengadil Wan Muhammad Tarmizi, dengan empat daripadanya dipungut pemain skuad Jang dalam pelawanan yang agak tegang.

Jaringan ATM yang berstatus tuan rumah diperoleh pada minit ke-46 menerusi tandukan Venice Elphi Danny Kaya yang bijak memanfaatkan hantaran lintang di dari kiri pintu gol Negeri Sembilan.

Sehingga 10 minit sebelum tamat perlawanan, pasukan pelawat yang kehilangan penjaring terbanyaknya, Bruno Suzuki akibat kecederaan seakan-akan hampir mengalami kekalahan pertamanya dalam liga.

Namun, penyerang Negeri Sembilan, Lee Andrew Tuck akhirnya menyelamatkan maruah pasukan pelawat pada minit ke-83, sekali gus membolehkan mereka menokok kepada 28 mata.