PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

PFA 2017 : Negeri Sembilan Lepas Peluang Ke Akhir

PAROI – Pasukan Liga Super, Pahang berjaya mara ke perlawanan akhir bertemu Kedah apabila mendahului pasukan Negeri Sembilan melalui kelebihan aggreget Negeri Sembilan, 1 Pahang, 3.

image (1)

Separuh akhir kedua Piala FA 2017 Negeri Sembilan bertemu Pahang berlagsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, malam ini menyaksikan komitmen tinggi pemain Negeri Sembilan, namun nasib tidak menyebelahi buat mereka.

Terdapat banyak peluang mereka berbanding pasukan pelawat yang membawa 1 bekalan dari Darul Makmur, tetapi sekadar usaha tidak cukup, kerana peluang keemasan agak tumpul di hadapan gawang Pahang.

Malahan, Pahang berjaya mencuri peluang dalam permainan dengan berjaya menghasilkan dua jaringan gol yang menamatkan hasrat Negeri Sembilan untuk beraksi di perlawanan akhir Piala FA tahun ini.

Jaringan Pahang di perolehi di minit ke-6 melalui sepakan percuma luar kotak penalti dan tepat ke  kepala Jae-Won Heo lalu menanduk melepasi gawang Negeri Sembilan.

Kemudiannya, diekori rapat oleh Negeri Sembilan melalui tandukan Bruno Suzuki di minit ke-68 hasil sepakan silang Faizal dari sudut kiri.

Dan yakin mampu mengekori lebih rapat lagi walaupun ketinggalan satu jaringan, Negeri Sembilan terus mengatur serangan, tetapi sesaat kealpaan juga, menghukum pasukan tuan rumah apabila serangan balas Pahang di masa tambahan membuahkan hasil dan melebarkan cengkaman Pahang dengan jaringan pemain gantiannya, Christie Jayaseelan.

Sementara, dalam perlawanan penentuan antara pasukan Terengganu bertemu Kedah pula, menyaksikan Kedah berjaya ke perlawanan akhir apabila menewaskan Terengganu dengan aggreget 4, Terengganu 0, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini.

Perlawanan akhir Piala FA 2017, Kedah bertemu Pahang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei ini.

 

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful