PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN

Paparan Sukan Bolasepak Negeri Sembilan

PKNP FC dan Negeri Sembilan ke Liga Super 2018

KUALA LUMPUR – Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah mengesahkan bahawa Felda United akan diturunkan ke Liga Perdana Malaysia untuk musim 2018 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat FMLLP hari ini.

Kevin turut mengesahkan bahawa T-Team, yang sekarang dikenali sebagai Terengganu II, turut akan diturunkan ke Liga Perdana selepas permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan pasukan itu sebagai ‘feeder club’ diluluskan.

Berita ini juga bermakna bahawa Negeri Sembilan dan PKNP FC akan beraksi dalam kancah Liga Super musim depan, untuk menggantikan slot Felda United dan Terengganu II.

Leave a Reply

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful